Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 25 orang maut selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di hadapan sebuah pusat pendidikan di Dasht-i Barcha, barat Kabul hari ini.
Setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggung jawab terhadap kejadian itu yang berlaku selepas keadaan tenteram di bandar ini sejak beberapa minggu lalu.
Kumpulan Taliban yang sedang memperhebatkan serangan terhadap tentera dan kemudahan kerajaan Afghanistan sejak kebelakangan ini, telah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam insiden tersebut.
Kementerian Kesihatan Awam memaklumkan seramai 35 mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital di bandar ini. - Reuters
15 Ogos 2018 - 17:55
News ID: 905583
Sekurang-kurangnya 25 orang maut selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di hadapan sebuah pusat pendidikan di Dasht-i Barcha, barat Kabul hari ini.